CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 25, 2012

Kenangan terindah

Alhamdulillah syukur,semua berjalan dengan lancar selama hampir 3 bulan saya berada si sekolah ini banyak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi daripada guru-guru di sekolah inin terutamanya mentor-mentor saya. Mereka terlalu banyak member didikan dalam menjalani praktikal di sekolah ini. Pengalaman bersama-sama pelajar juga tidak akan saya lupakan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah pelajar. Dari segi proses kaunseling pula semunay berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan di sinilah cabaran yang sangat berat untuk saya dimana harus mencuba sedaya upaya mengerah otak unutk membantu klient keluar daripada permasalahn mereka.Minggu ini kami juga telah membuat program luar iaitu membuat lawatan sambil belajar ke Sekolah pendidikan Khas Smk.Datuk Peter Mojuntin.Lagi satu pengalaman yang tidak akna saya lupakan. Minggu ini adalah minggu terakhir saya berada di sekolah ini dimana saya akan menamat perkhidmatan saya,pastinya semua kenangan di sekolah ini akan saya rindui selalu. Saya berharap suatu hari nanti saya akan datang kembali ke sekolah ini. Doa buat semua supaya sentiasa berasa dalam keadaan yang baik-baik dan ucapan yang dapt saya berikan keapda semua yang banyak membantu sama ada secara langsung ataupun tidak lansung.Terima kasih banyak-banyak saya ucapan. Semoga kita akan bertemu kembali.Buat mentor-mentor yang dikasihi dan dihirmati mohon maaf sekiranya saya ada menguris hati dan terkasar bahasa dan banyak-banyak juga terima kasih atas segala ilmu yang diberikan.Akhir sekali buat Puan pengetua terima kasih kerana sudi member saya peluang untuk menimba ilmu di Smk Datuk Peter Mojuntin ini. Terima kasih buat semua.Semoga berjumpa lagi.

0 comments: